Saturday, December 4, 2010

Realiti Insani episod 5

Ajis mengajak Rosman,Zack,Mat Soh dan Ayub Kerumah Joe Binjai..Dengan berbekalkan 3 depa kayu Sulur Bertam,dan 3 batang kayu Cengal,mereka meluru sambil melaungkan lagu Issabella,nyanyian kumpulan Search...Ajis cukup geram dan ingin membelasah Joe Binjai yang dianggapnya sebagai musuh ketat sepanjang zaman..

Joe Binjai pernah menyertai kumpulan Ajis and de gengs suatu ketika dahulu,tetapi dibuang keahlian kerana merampas teman wanita Ayub..Begitu ketat undang-undang yang dikenakan sekiranya mahu berkecimpung dalam dunia hiburan.

Setibanya Ajis didepan pintu rumah Joe Binjai,Ajis tidak memberi salam,tetapi diterajangnya pintu daun nipah yang baru dibaiki oleh ayah Joe Binjai,Pak Nordin...Roboh pintu..Ayub,dan rakan-rakan lain ketawa berdekah-dekah..Ajis masuk kerumah dan mendapati berselerak kertas-kertas yang mengandungi maklumat-maklumat tentang Freemason dan Illuminati..Ajis mengesyaki Joe Binjai terlibat dengan aktiviti penyembahan Dajal yang sedang giat memasuki Tanah Melayu...Hampir 4jam usaha mencari Joe....Joe Binjai masih tidak diketemui..Kepelusuk kampung,ibu Kota,Ditempat laga ayam,diTempat permainan mahjong,dan juga dikawasan pusat Jamming Joget Lambak Kumpulan Bendahara dicari..Ajis dan rakan-rakan pulang dengan
kekecewaan yang amat tidak terhingga....

Dimalam harinya pula,Ajis keluar bersama Sally..Keluar makan malam di Restoran Sri Mega..Kebiasaannya direstoran inilah tempat Ajis dan rakan-rakan berkumpul dan menghabiskan masa setelah penat bekerja dan berhibur...Ajis berkongsi sepinggan nasi Goreng bersama Sally..Sally tersipu-sipu..Ajis juga sama,mana tidaknya,itulah kali pertama Ajis makan malam bersama seorang wanita yang cantik persis cikaro jalanan...Ajis berselera memakan nasi goreng yang berada didepan mata,dan Sally pula malu-malu untuk meminta disuapkan...Semua Nasi Goreng dihabiskan oleh Ajis..Sally tersenyum melihat gelagat kegelojohan SiAjis,bagaikan dua hari bermogok lapar..

Selesai makan,Ajis meletakkan RM2 diatas meja makan,dan yang selebihnya dipertanggungjawabkan kepada Sally untuk membayarnya..Air muka Sally berubah kepada kemerahan..

Ajis menunggu Sally didalam kereta Perdana kepunyaannya..Dialunkan muzik radio yang berkumandangkan lagu Dato'Ahmad Jais...Setelah Sally meletakkan punggung keatas kusyen kereta,Ajis memecut selaju-lajunya kePantai..Syaitan didalam hati Ajis membisikkan supaya Ajis melakukan perkara terkutuk bersama Sally...Ajis tidak mampu menghalang Tangannya yang memegang telapak tangan Sally..Hangat dirasakan..Sally tersipu-sipu..memandang keluar tingkap..melihat pemandangan pantai yang terbentang luas tetapi pemikiran entah dimana..Pedal minyak ditekan Ajis secara perlahan..Mahu saja diberhentikan kereta itu ditepi pantai yang gelap..Tapi debaran ketakutan masih menyelubungi..Ajis memberhentikan kereta jua akhirnya ditempat yang gelap dan jarang orang lalu lalang..Ajis Memegang tangan dan mengusap muka Sally..Dan perkara itu berlanjutan selama setengah jam...

Gambar Di snap oleh Latip

Tanpa pengetahuan Ajis,perbuatan melampau itu diketahui dan diperhatikan oleh 3 ahli kumpulan Latip and Frens..Ajis mengetahui perkara itu setelah keesokan harinya ketika berjumpa dengan Joseph,Jidin dan Latip..Ajis merayu agar rahsianya itu tidak terbongkar dari diketahui Rakan sepasukannya terutama Ketuanya,Bidong..Jika diketahui Bidong,Pastilah karier sebagai Ahli yang pernah menjadi ketua Ajis and the Geng dahulu musnah sama sekali..Arh..Ajis mengeluh..Tetapi,Latip sememangnya mempunyai agenda lain,dan gambar bukti itu mampu menggugat Ajis disuatu hari nanti..

Ajis menyesal kerana terlalu ikutkan nafsu durjana..Ajis mula menghitung nasib diTikar sejadah..Ajis memohon keampunan kepada Allah..Ajis bertaubat sama sekali..Ajis tidak mahu lagi mendekati Zina..Tetapi hati Ajis telah kabur dari melihat jalan Allah..Semakin ramai wanita dipandangannya..Semakin bergelora nafsunya..Ditambah pula Rasukan dari Zack sikaki perempuan..

Perniagaan Ajis semakin hari semakin ditimpa bala...Harimau belaan yang dihantar pelanggan untuk dicabut gigi banyak yang tertelan ubat bius,menyebabkan banyak ekor yang terkorban...Ajis seakan tidak pedulikan lagi perniagaannya..Dan perniagaannya kini lingkup dan disita...Ajis kini bergelar Samseng dan kaki perempuan..

Konsert Joget Lambak yang dianjurkan Jawatankuasa Kampung tidak dihadirinya..Bidong sebagai ketua kumpulan Bidong and the Gengs menyatakan hasrat akan memecat Ajis dari penyertaan kumpulan itu..Majoriti menyokong penuh keputusan Bidong,kecuali Mat Soh..Tetapi apakan daya,Mat Soh terpaksa akur dengan keputusan majoriti..Zaman kegemilangan Ajis dalam dunia hiburan semakin malap..Ajis kini menjadi Lagenda..

Keesokan harinya Ajis mendapat surat perletakan jawatan dalam kumpulan kerana melanggar etika Kumpulan..Ajis menganggap Bidong mengamalkan sikap diskriminasi dan mahu menjatuhkan kariernya sebagai Bekas ketua kumpulan..Ajis kini mahu bangkit..Ajis terus menuju ke pusat jamming kumpulan Jom Joget dan menyatakan hasrat untuk menjadi Ahli kumpulan tersebut...Secara kebetulan,Kumpulan Jom Joget baru sahaja ditubuhkan..Permohonan Ajis diterima Ketua Kumpulan Jom Joget iaitu Mat Rashid...Mat Rashid telah sekian lama mendengar berita tentang pengaruh Ajis dalam arena Joget Lambak..Pengalaman Ajis Sebagai ketua Kumpulan Ajis and the geng dan bekas ahli kumpulan Bidong and the geng amat diperlukan..Ajis kini menyertai kumpulan Jom Joget..Ajis mahu membuktikan kepada bekas kumpulannya dahulu bahawa dia boleh berjaya tanpa kumpulan yang dianggapnya musuh dalam selimut...Ahli kumpulan Jom Joget terdiri dari 5 orang jejaka kacak iaitu,Man Kecok,Dolah Tiger,Mat Rashid,Meon Bentong dan Ajis..

Ajis sering memberi idea-idea yang bernas kepada kumpulan Jom Joget..Ajis mahu merealisasikan impiannya untuk bertanding dalam pertandingan Joget Melambak Batle of The Band...Ajis mahukan kemenangan adalah milik kumpulannya,meskipun Ajis selaku ahli biasa,semangatnya melebihi Mat Rashid..Ajis bertungkus lumus setiap malam membuat kertas kerja....Ajis mahu berubah kepada jalan yang lebih baik..

Suatu hari ketika Ajis menghadiri penyampaian Sijil Penyertaan Keahlian Jom Joget semperna Majlis perkahwinan Anak Pengerusi Jkk,Mat Soh telah menyapanya dengan laungan yang memecah kemeriahan..''Bro Ajis!!!''...Ajis hanya mampu tersenyum melihat Mat Soh terkebil-kebil melihat semua penduduk kampung yang sedang menjamu selera memandangnya...

Mat Soh tidak mempedulikan pandangan orang kampung yang masih melopong menatap kelibatnya,sambil melaungkan nyanyian dari album terbaru kumpulan Nasyid Rabbani,Pergi tak Kembali...Dengan muka yang tiada perasaan malu sebesar zarah,Mat Soh terus memberitahu kepada Ajis,dimana Pertandingan Joget Melambak Batle Of The Bands akan diadakan sebulan sahaja lagi..Ajis ternyata tidak tahu menahu tentang peristiwa besar yang penuh debaran ini...Menurut Mat Soh,kumpulan yang akan bertanding kali ini seramai 12 kumpulan..Sambil memegang kertas dan pembesar suara,Mat Soh Melaung sekuat-kuatnya...''iaitu,Juara tahun lepas,Latip and Frens,naib juara tahun lepas,kumpulan Era Sesumpah,kumpulan Lantak,kumpulan Bendahara,kumpulan Jantung Berduri,kumpulan Bintang Bersiul,kumpulan C U In Hell,kumpulan Dendang Serantau,Combat Band,General Band,MIC(Merana impian CiKaro) dan FTU(Farah Tercipta untukmu..)..''Menurut Mat Soh lagi,Penyertaan masih lagi dibuka sehingga akhir bulan ini..Ajis mula membayangkan dimana kumpulan Jom Joget yang dibimbingnya mampu mengenggam piala tempat ketiga atau saguhati dari penganjur..Berkobar semangat Ajis disaat itu..


Setelah keraian selesai,Ajis mendapatkan Mat Rashid dan cuba memberitahu saat yang diidamkan semua penghibur Joget Lambak telah tiba..iaitu Pertandingan Joget Melambak batle of the bands..Mat Rashid tersenyum..Mat Rashid mengadakan mesyuarat tergempar yang dihadiri kesemua rakan pasukan iaitu Dollah,Man,Meon dan Ajis sendiri..Tepukan gemuruh rakan pasukan kepada Ajis kerana semangat tidak berbelah bahagi bagi memajukan lagi kumpulan Jom Joget..Dan disaat itulah Mat Rashid menyatakan wasiat dimana timbalannya suatu hari nanti tidak lain dan tidak bukan ialah Ajis..Bagi Mat Rashid,Ajis adalah Lagenda dan tidak mungkin seorang lagenda hanya memegang Keahlian yang tidak menonjol kehebatannya..Walaupun ditolak cadangan itu mentah-mentah oleh Ajis,tetapi kuasa majoriti adalah mutlak dan mereka memberi sepenuh kepercayaan agar kumpulan Jom Joget mampu setanding kumpulan-kumpulan yang gah namanya dipersada arena hiburan tanah air..

No comments:

Post a Comment