Tuesday, November 2, 2010

Realiti Insani episod 4

Ajis menelefon Suziela beberapa kali untuk memastikan keadaan sebenar..
Ajis menganggap semua yang diceritakan oleh Mat Soh adalah rekaan semata-mata dan mungkin Mat Soh sengaja membuat cerita kerana mahukan Ajis kembali kepada jalan yang lama..Suziela mendiamkan diri...bukan sahaja panggilan tidak dijawab,bahkan pesanan ringkas SMS dan e-mail juga tidak dibalas..Ajis terpaksa menulis perkataan yang tidak senonoh kepada Suziela walaupun bukan itu kemahuannya...Ajis memutuskan untuk meleraikan ikatan yang bersemi selama 2 bulan lebih itu...

Ajis menangis tiada terhenti...Ajis tidak makan selama setengah hari...Ajis sedih dan murung,bukan sahaja dirumah,bahkan dipejabatnya juga dan kadangkala dibahu Bapanya.....kerja semakin bertimbun tanpa semangat Ajis..Ajis tidak berdaya lagi untuk meneruskan kehidupan...begitu sayangnya kepada seorang wanita yang dianggap bidadari itu...Keesokan harinya,Ajis mendapat panggilan dari Suziela ketika sedang bekerja,dan ternyata benar apa yang telah berlaku dipesta semalam..
Ajis tidak mahu lagi mendengar rayuan yang penuh dengan selumbar itu..sepertimana selumbar itu adalah penawar suatu masa dahulu..

Ajis menyanyikan lagu kompilasi kumpulan May,Sendiri,sambil mengenang kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku pabila bersama Suziela..walaupun sementara bersama,tetapi,bahang kesakitan masih terasa seperti
bertahun-tahun lamanya...Pengorbanan Ajis bagaikan tiada harga..Pada Ajis,Suziela tidak ubah seperti pelacur yang bertukar-tukar pasangan bila dia memerlukan...Suziela pandai menggoda,dan harapan Ajis,berbahagialah Suziela dengan pasangan yang dicintainya..dan harapan terakhir,biarlah Suziela mati dipukul atau disembelih oleh orang-orang lelaki yang pernah dipermainkan dahulu...Kini Ajis penuh dengan sifat dendam terhadap wanita..
Wanita bagaikan pedang,dimana luarannya penuh seni,tetapi mampu mengelar nadi pahlawan yang masih bernyawa...

Ajis kembali kepada cara hidup yang dulu..Ajis diterima kembali setelah mengisi akuan bersumpah dimana Ajis perlu setia bersama kumpulan yang dibina bersama-sama rakan-rakannya..Bidong and de gengs kembali bermaharajalela dipesta kenduri kahwin,dijalanraya,dipusat snuker,dan dipantai yang penuh dengan kedamaian..Ajis bertekad untuk merubah cara hidup,untuk menjadi seorang perosak kehidupan wanita...Ajis ingin menjadi seperti Richard dan Zack yang selalu berdampingan dengan bohsia..Ajis bagaikan hilang keimanan...Zack sering menghasut Ajis dari dahulu lagi supaya Zack mempunyai teman didalam Neraka nanti...Begitu nakal perangai Zack..bagaikan Ajis berada dikayangan jika memasuki alam baharu ini..Tetapi bagi Mat Soh,Ayub,Penyu,Bidong,dan Anthony,tidak henti-henti menasihati Ajis dari terjebak gejala-gejala sosial seperti itu..Mereka sering berkata,"kumpulan ini tidak ada yang meneguk alkohol dan berzina..,kalau mahu melanggar etika,sila keluar dari group ini"

Ajis cuba berdoa kepada Tuhan agar dirinya dipermudahkan untuk disayangi perempuan jalang..Seminggu selepas itu,Ajis diperkenalkan oleh Richard kepada seorang gadis yang ayu rupa parasnya..tetapi yang pastinya,gadis tersebut telah dinodai beberapa kali oleh Zack dan Richard sendiri..Gadis cantik itu bernama Sally...Ajis tidak tertahan gelojak nafsu..Begitu Allah memenuhi permintaan hambanya yang memohon pertolongan kejalan benar dan segala permintaan yang menjurus kepada kekufuran...Iman diperkuatkan didada..tetapi semakin minit-minit yang berlalu,semakin berat rasanya hati Ajis untuk berzikir,semakin itulah sentuhan aura gadis tersebut menusuk kejantung Ajis dan menyebabkan jantung Ajis terhenti seketika..sambil dinyalakan sebatang rokok berjenama Dunhill untuk mempamerkan kejantanannya yang selalu disembunyikan depan anak gadis..
Salmah A.K.A Sally

Ajis perlukan oksigen...Menghirup nafas yang semakin menghilang..Ajis bagaikan dirasuk oleh syaitan berpangkat jeneral..Ajis menerima perkenalan itu secara ikhlas..semata-mata untuk merosakkan jiwa wanita yang diinginkan dahulu..Ajis mahu wanita rosak dalam dendam yang tidak terlunas...Bodoh benar siAjis kataku...Sally sudah rosak,carilah yang suci kalau benar Ajis mahu rosakkan...

Ajis dan Richard merahsiakan hal tersebut dari rakan-rakan kumpulannya..Ajis tetap aktif bersama kumpulannya sehinggakan Ajis sudah lupa untuk pulang kerumah..Pak Sin dan Mak Biah sering risaukan Ajis kebelakangan ini...Pak Sin bimbang jikalau anak kesayangannya terlibat dengan najis dadah..

Perniagaan Ajis sering dalam pemerhatian bekas pekerjanya yang dahulu,Pul Pot..Pul Pot inginkan syarikat Ajis jatuh muflis..Pul Pot juga sudah hilang arah dan tujuan..Kerjanya dalam bidang menjaga biri-biri ditamatkan..Mana tidaknya,sering melawan kata-kata Johny sebagai mandurnya...Johny sering dalam keadaan tertekan oleh perilaku Pul Pot yang bagaikan tidak sedarkan diri..berlagak dan menipu adalah makanan Pul Pot sehari-hari..

Sikap boros dan menghisap Pil Kuda semakin kerap diamalkan...kini pul Pot tiada kerja..tiada tempat tinggal...Pada suatu malam yang sepi..bulan mengambang,dan burung hantu memerhati dan menjadi saksi..Pul Pot membuat jampi serapah dihadapan pejabat Ajis..Dengan berbekalkan limau nipis,halia,kunyit debu,garam, gula secukup rasa,santan yang segar(pastikan Santan Kara),dan perencah maggi perisa kari,pul pot memulakan campuran bahan tersebut..Terkumat kamit mulutnya sambil membaca ayat-ayat puisi jawa terbalik,dan sedikit ayat-ayat yang berloghatkan bahasa perancis..suasana seram mula timbul...meremang bulu roma Pul Pot...selesai upacara itu,Pul Pot terus balik kehutan untuk melelapkan mata...


Keesokan harinya,Ajis dan pekerjanya mendapati kawasan pejabatnya penuh dengan sampah sarap..Majlis bandaran tiba tanpa diundang dan Ajis tidak menyangka bahawa
kompaun kebersihan akan ditulis disaat itu juga...Rm 300 ringgit dikeluarkan bagi menjelaskan kompaun tersebut..Ajis sudah letih dan kecewa...Satu persatu masalah timbul...Ajis merasakan itu semua adalah konspirasi jahat yang dilakukan musuhnya yang bernama joe Binjai..

To Be Continew...

No comments:

Post a Comment