Saturday, October 30, 2010

Realiti Insani episod 3


Sesampainya Pul Pot keRumah Johny,Johny segera mencarikan Pul Pot pekerjaan..Johny tahu yang Ajis tidak bersalah dalam hal ini,..Johny memberi peluang kepada Pul Pot untuk bekerja sebagai pengembala Biri-biri..Biri-biri tersebut bukanlah milik Johny,tapi sekadar jagaannya sahaja,..pemilik pusat jagaan Biri-biri tersebut ialah En.Malik..En.Malik bukan sahaja mempunyai ciri-ciri usahawan muda yang berjaya,malah penuh dengan sifat pemurah kepada pekerjanya...

Ajis memulakan kehidupan baru dengan menerima 3orang lagi pekerja..kesemuanya pekerja tempatan dan tulus dalam menjalankan tugas..perniagaan Ajis semakin hari semakin Laris..Harimau semakin sihat dan cergas bila bermain-main bersama pekerja-pekerja baru..itulah keajaiban Tuhan,setelah diberi dugaan,kini timbul pula sinar baharu...

Dalam kesibukan kerja,Ajis terpandang seorang wanita yang agak alim dan jelita...Ajis tidak berfikir panjang kerana dia sudah lama membujang..tanpa membuang masa,Ajis terus mendekati wanita itu yang dikenali sebagai Suziela...Hampir 2bulan mereka memadu kasih dan menyimpul janji...Ajis begitu setia sehinggakan banyak masa yang diluangkan oleh Ajis hanyalah untuk Suziela...Rakan-rakan ditinggalkan semata-mata kerana Suziela,dan kini,Ajis mula berjinak-jinak dalam mendalami Kitab-kitab suci Al quran...Ajis sudah dalam dilema percintaan,Ajis mahu mendirikan Rumahtangga,Ajis sudah kemaruk..tidak tertahan menanggung rindu pada Suziela sigadis rupawan...menyengat hati ajis setiap kali memandang gambar suziela...

Perniagaan Ajis semakin maju..Ajis membeli sebuah kereta Proton Perdana..hasil dari keringat kerja yang disimpan bertahun-tahun dan pinjaman dari Pak Aaron kepadanya..Kereta itu lah yang selalu menghantar pergi dan balik Suziela dari tempat kerja kerumah..Suziela bekerja sebagai Kerani di sebuah syarikat penapisan air atau lebih dikenali sebagai,Indah Water enterprise...Tidak pernah Ajis menyangka sebegini bahagia disamping Suziela..Semakin bersemangat dari hari kehari Ajis bekerja dengan harapan dapat menampung perbelanjaan meminang Suziela kelak...

suziela ker nie???

Pertandingan joget lambak yang biasa diadakan oleh jawatankuasa Kampung tidak dihadiri Ajis...Mat Soh,dan rakan-rakan lain merasakan yang Ajis sudah tidak memerlukan sahabat sejati lagi..mesyuarat Jawatankuasa untuk memilih ketua Band diadakan..Akhirnya,Bidong terpilih untuk mengetuai kumpulan itu kemercu kejayaan...kumpulan Bidong and de geng ditubuhkan semula menggantikan Ajis and the Geng..Setelah 5 tahun pertandingan Joget Lambak diadakan,tapi kesemua hadiah walau Cabutan Bertuah pun tidak pernah dimiliki Ajis and de geng...bagi Bidong dan rakan-rakan,tanpa Ajis semuanya tidak akan goyah dan longgar...

Ajis tidak mengangkat sebarang panggilan yang dibuat oleh Mat Soh..Ajis tahu,pasti mereka akan menjerumuskan dirinya yang mahu dekat dengan Tuhan..Mat Soh mengirimkan sms dan menyatakan dia ternampak Suziela berdampingan dengan seorang lelaki yang sangat berlagak dan lebih macho berbanding bapanya dekat majlis keramaian Joget lambak..Ajis menggapai telefon yang berada dikatilnya...Setelah Ajis membaca mesej tersebut,Ajis menjadi berang,dan terus mencapai sepucuk revolvers dimana kelongsongnya tidak berisi peluru...Ajis memang tidak menyangka bahawa dia telah ditipu dalam percintaan...Ajis akan bertindak melulu jika dia dalam kemarahan yang tiada batas...


Sesampainya dipesta itu,Ajis terus meluru kepada kelompok rakan-rakannya dan menanyakan perkembangan terbaru tentang ketiadaannya dalam Band tersebut..Andrew menyatakan bahawa keputusan telah diumumkan,dan mereka telah menang dalam hadiah cabutan Bertuah,dan terlepas peluang untuk bersaing mendapatkan Piala merebut kerusi berirama tempat kedua dan ketiga....Ajis tidak kecil hati apabila dinyatakan Bidong telah menjadi ketua menggantikannya..Ajis redha dan terus memberi sokongan kepada Kumpulan baru,Bidong and de gengs...Mat Soh mendapatkan Ajis yang sudah terlupa tentang tujuannya datang kepesta itu,.."Bro!!!!''laungan Mat Soh mengejutkan kesemua pengunjung Pesta dan peserta-peserta pertandingan congkak...malu Ajis tiada terkira disaat itu kerana bersahabat dengan Mat soh yang mulut agak becok dan langsung tiada perasaan bengang sedikitpun....

Mat Soh terus menceritakan tentang kekasih Ajis yang telah berkepit bersama seorang lelaki..Ajis terus meluru keseluruh pelusuk pesta untuk mencari Suziela,tapi tidak kelihatan sigadis itu...Ajis penuh dengan geram didada..berlinangan airmatanya..menggenggam pistol didalam beg tangan dengan harapan dapat menembak sehingga berkecai kepala lelaki tersebut...Setelah dinasihati rakan-rakan,dan disindir pakcik penjual daun rokok,Ajis mampu mengawal amarahnya,..Suasana hening...Pesta hampir melabuhkan tirai dan ternyata malam itu kumpulan yang memenangi pertandingan Joget Lambak ialah kumpulan Latip n Frens....Ayub mencadangkan supaya Bidong and de gengs melepak dan meraikan kekalahan besar mereka di kedai Makan ibu saudaranya Mak Senah,tapi ditolak cadagan itu secara mentah-mentah dan bergilir-gilir oleh Andrew,Penyu dan Richard...Ini kerana Andrew telah beberapa kali dimaki oleh Mak Senah kerana selalu memikat Mak Senah apabila suami mak Senah tiada diRumah...suasana hening kini bertambah ceria dengan lawak yang berpanjangan..Ajis tergelak sehingga melupakan kesedihan yang dialaminya sebentar tadi...itulah namanya sahabat,suka dan duka dikongsi bersama...

To Be Continew..

No comments:

Post a Comment