Wednesday, October 27, 2010

Realiti Insani episod 2



Ajis tidak menyangka perangai Pul Pot semacam haiwan..langsung tak berguna kepada perniagaannya,tapi hanya menambah bala kepada Ajis..Ajis sedih..setiap malam Ajis menenangkan diri didalam kamar tidur bapaknya..menceritakan masalah yg melanda dirinya ketika ini adalah perkara biasa yg dilakukannya...Bapak Ajis sangat mengambil berat diatas usaha Ajis untuk membangunkan perniagaan anaknya itu..Pelbagai nasihat yg diberikan oleh bapaknya,Pak Sin..Dan kata-kata yg masih Ajis ingat ialah,"pekerja mana yg nk majukan perniagaan orang lain,kecuali perniagaannya sendiri"..sangat mengharukan....

Ajis beriktikad mencari alternatif lain iaitu membina kembali sikap positif didalam dada..pelbagai buku motivasi,buku teks sejarah,buku agama,dan tak lupa juga buku Marilah Sembahyang dicari....Ajis mahukan ketenangan...kadangkala pergi kePantai,tapi yg menyedihkan,semasa dalam perjalanan kepantai Ajis melewati sekatan jalan raya yg diadakan secara besar besaran...Ajis diSaman,,,,kerana tidak memperbaharui lesen memandu..Malang sering bertambah...Ajis kecewa..nak bunuh diri pun ada...tapi Ajis tahu,setiap kegagalan itulah tangga kejayaan...

Hari keesokannya Ajis memulakan perjalanan kepejabat.. oleh kerana Ajis tidak mempunyai kereta sendiri,Ajis dengan bangganya menaiki toyota vios yg dipinjamkan oleh bapa saudaranya,Pak Aaron...sesampainya Ajis kePejabat,berapi matanya bila melihat

Pul Pot masih berdengkur...Bagai nak tercabut nyawa Pul Pot apabila terdengar suara panggilan Ajis dengan nada yg kuat..Mana Ajis tak marah kalau pejabatnya masih tidak dibuka dan harimau tak diberi makan pagi..Dimanakah tanggungjawab Pul Pot yg diberikan kuasa untuk menjaga segala aktiviti syarikat...Ajis bagaikan dipermainkan..seolah olah Ajis tak lagi berkuasa dalam mengarah pekerja...Ajis kembali lemah..Ajis bertanyakan Pul Pot,masih mahukah dia bekerja dengannya,tapi persoalan itu tak dijawab..Begitu angkuhnya pekerja Asing ini...Ajis menutup perniagaannya hari itu...pekerja lain semakin bengang kepada Pul Pot..Akhirnya kesemua pekerja Tempatan meninggalkan syarikat Ajis yg hampir muflis itu...Ajis sedih..siapakah yg dapat merawat hati Ajis yg sedang lara itu...

Petang itu Ajis termenung...termenung seketika diluar jendela rumah Pak Aaron...sambil menitiskan air mata..apalah nasibnya,sering dalam keluhan....Pak Aaron cuba memberi cadangan agar memecat sahaja Pul Pot dan biarkan sahaja hutang-hutang permit Pul Pot...Cadangan itu disokong oleh Isteri keTiga Pak Aaron,Mak Cik Ezreen....Tanpa berfikir lagi,Ajis setuju..esok Ajis akan selesaikan kekusutan yg ditanggung selama setahun lapan bulan itu....

Seperti biasa jam 9malam Ajis akan menghiburkan diri bersama rakan rakannya di pusat Snuker dan clubbing..Ajis and the gangs sudah popular dikampung halaman mereka...rakan-rakannya yg sehati sejiwa itu ialah,Ayub,Bidong,Richard,Mat Soh,Che Imran,Penyu,Andree dan lain- lain..banyak diantara rakan-rakannya ini sering terlibat dalam aktiviti-aktiviti haram seperti merompak Kedai Biskut,Melaga ayam,Hiburan Joget Lambak,merenung ikan Syakila,berlumba basikal dengan budak tadika dan tidur bersama perempuan Kaberett...Selain Snuker,sukan yg paling diminati Ajis ialah Lari dalam guni dan bermain congkak...seronok Ajis dimalam itu,,..ditemani teman wanita rakan-rakannya,(tapi Ajis memang tiada teman wanita),menari,menyanyi dan meneguk secawan teh limau...arh...segar rasanya....menanti hari esok amatlah seronok..Esok penentu Pul Pot akan dipecat dan Masalah Ajis akan selesai....

Keesokan harinya Ajis menaiki basikal yg baru dibeli oleh Pak Aaron..memang mulia hati Pas Aaron kepada anak saudaranya itu...Pak Aaron mahu anak saudaranya berjaya walaupun tiada Motorsikal dan kereta sekalipun...Pak Aaron sudah menganggap Ajis seperti anak sendiri kerana Pak Aaron masih tiada anak walau sudah berkahwin sebanyak 3kali...itulah dugaan...sesampainya Ajis dipejabat,masih terlihat Pul Pot berdengkur dengan lena..Ajis tidak mempedulikannya..Ajis terus memulakan pekerjaan seorang diri...letih usah dikira,tapi hati pelanggan yg mahukan kepala harimau dibersihkan setiap hari perlulah dijaga...

Terjaganya Pul Pot dari tidur,terus Ajis mengumumkan pemecatan jawatan Pul Pot berkuat kuasa hari itu juga..Pul Pot merayu dan masih ingatkan Ajis bergurau senda dan melawak..Tapi Ajis penuh amarah dikala itu dan terus mengarahkan Pul Pot meninggalkan pejabatnya dengan segera...Ajis menelefon Richard supaya menolongnya menghantarkan Pul Pot kerumah Johny...Ajis sudah tertekan...tidak berganjak amarahnya itu hinggalah tibanya Richard..Richard menenangkan Ajis..Richard terus menghantar Pul Pot ke Rumah Johny...

Lega hati Ajis tidak terkira..tidak lagi memikirkan tentang manusia yg tidak berguna itu..Ajis kembali menari pekerja pekerja lain bagi membantu membaik pulih kembali perniagaannya itu...

to be continew...

No comments:

Post a Comment