Tuesday, October 26, 2010

Realiti Insani episod 1


Realiti kehidupan mmg perit bila dihuraikan..ada suka duka,penat dalam meniti hari2 yg bakal mendatang...kerenah manusia lah paling tidak menyenangkan hidup setiap manusia yg lain...hakikat..bukan fantasi yg sengaja diminta2...

Aku ingin menceritakan watak yg sangat dibenci manusia..tetapi yg ajaibnya watak sebegini teruk amatlah dikasihani manusia lain..Cerita ini bermula disebuah perkampungan terpencil di Negeri Terengganu Darul Iman..

Alkisah seorang Majikan yg ingin mendapatkan pekerja asing bagi melicinkan proses urusan perniagaan beliau..Majikan itu ialah Ajis..Rm 3ribu dikeluarkan bagi menyiapkan permit kemasukan seorang pekerja asing yg menetap diUnited Kingdom..Sebulan selepas itu,pekerja yg ditunggu2 pun tiba..namanya Jack,atau nama samarannya ialah Pul Pot...Pul Pot diberikan tempat tinggal didalam pejabat,beserta kemudahan bilik air,dapur dan set home theater kepunyaan Ajis..

Pada mulanya Ajis memberi gaji yg amat lumayan kepada Pul Pot,kerana Ajis tahu Pul Pot lah yg akan menjadi Tulang Belakang dan pekerja harapan bagi memastikan perniagaannya berjalan lancar..perniagaan Ajis tidaklah sebesar mana,hanya sekadar menyediakan perkhidmatan mencuci kepala harimau..ketidakpuasan hati para pekerja lain
kepada Ajis mula timbul..mana tidaknya gaji yg diberikan kepada pekerja tempatan tidak selumayan Pul Pot..

Aktiviti Harian(sekadar Gambar Hiasan)
Hari demi hari berlalu..Pul Pot semakin dimanjakan Ajis..Ajis selalu memperkenalkan Rakan korporat beliau kepada Pul Pot..bukan itu sahaja,Ajis juga selalu membawa Pul Pot keclubbing,muzium,juga ekspo permainan..Ajis mmg majikan yg penuh dengan sifat Kebajikan kepada pekerjanya..tidak cukup dengan itu,Ajis sering meluangkan masa untuk bermain Playstation,congkak,dan bermain layang2 bersama Pul Pot dipantai..
..

Masa berlalu pantas,keadaan berubah ,Waktu bekerja pula Pul Pot menunjukkan sikap malas bekerja..menimbulkan kemarahan kepada Ajis..Ajis dan pekerja lain yg melakukan kerja2 berat,seperti menyapu,mengemas pejabat dan menggosok gigi harimau,manakala Pul Pot hanya membuat kerja2 yg ringan seperti bersiul2 mendendangkan lagu rasmi negaranya,dan membuat kerja2 yg ringan...
Ajis mula berfikir,mengapa perlu dia membayar gaji lumayan sedangkan kerja Pul Pot tak seberapa..

Sekadar Gambar Hiasan
Hari demi hari Pul Pot semakin dibenci Ajis..Pul Pot dibenci kerana selalu menghabiskan minuman beralkohol,menghabiskan masa menipu sana sini,dan malas bekerja..Hendak sangat Ajis memecat Pul Pot,tp memandangkan hutang Pul Pot kepada Ajis yg bertimbun,Ajis hanya mampu memendam perasaan amarahnya itu..bagi Ajis,selesai hutang Pul Pot kepadanya,baru Ajis akan memecat Pul Pot..Hari demi hari Ajis muram..keringat bekerja Ajis diperah,bagai menyara orang yg tidak berguna..

Ajis sering menanyakan perangai buruk Pul Pot kepada rakan2 Pul Pot,rakan2 Pul Pot tidak menafikan bahawa Pul pot adalah anak yatim piatu dan kuat minum minuman beralkohol dan beralkali....Ajis pening memikirkan masalah ini..Ajis selalu meluahkan masalah kepada Tuhan,melalui solat agar Pul Pot kembali untuk bersemangat..tp semakin hari semakin geram Ajis dibuatnya...pernah sekali Ajis memarahi Pul Pot dan menggugut untuk mengurangkan gaji,tp itu semua tidak berguna..

Ajis cukup letih..Majikan mana yg lebih baik dari Ajis??asalnya ditatang pekerjanya bagai menatang minyak yg penuh,tp akhirnya??balasan ini yg diberikan...tidak sedarkah Pul Pot dimana dia kesini untuk bekerja dan mencari wang untuk menyara neneknya dikampung??itulah persoalan yg sering bermain difikiran Ajis...Ajis perlu tegas,bukan tujuan menjadi Majikan untuk menanggung segala pekerjaan...Ajis hanya mampu bersabar kerana sudah dijangkiti virus Darah tinggi...penyakit yg dialami Ajis amatlah luar biasa,dan tidak sepatutnya orang semuda Ajis mengalami penyakit itu..tapi tidak mustahil bila kita tahu dimana Ajis sering mengeluarkan sifat amarah tanpa batasan,setiap hari..

"Kesian Ajis...",itulah kata2 yg sering diperkatakan oleh aku...Tiada tempat Ajis mengadu..hanya kehadrat yg esa saja...Perniagaan Ajis tergendala..semakin hari semakin susut tubuh Ajis...makan tak lalu,tidur tak lena bila memikirkan masalah ini...Ajis sangkakan kehadiran Pul Pot akan membantu menguruskan perniagaan beliau,tp,sangkaannya meleset...Harimau 2 ekor mati mengandung,Ajis menanggung kerugian..Ajis beranggapan bahawa semua ini adalah Bala Dari Allah kerana membela manusia bernama Pul Pot yg sememangnya tidak berguna kepada Agama Bangsa dan Negara..

Sikap suka menipu Pul Pot semakin rancak..Pul Pot meminjam duit dari Ajis dengan alasan untuk mengirim wang kekampung untuk membeli ubat untuk neneknya...tapi hakikatnya,wang itu digunakan untuk membeli Pil Kuda...Ajis mengetahui hal ini melalui seorang rakan Pul Pot yg bernama Johny...Johny adalah pekerja asing yg berwargenegara Bangladesh yg bekerja sebagai gembala biri-biri...

to be continew.....

No comments:

Post a Comment